Neon Beach Night Run 2026: 491 daripada 495 kit diserahkan
Neon Beach Night Run 2026 ialah larian malam 3KM sempena Hari Sukan Negara di Pantai Irama, Bachok, pada 9 Oktober 2026, anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok dengan kerjasama Kelab Larian Kijang Timur. 495 peserta mendaftar dan membayar dalam 19 hari, dan 491 kit diserahkan di kaunter QR.
- 495 peserta berbayar
- 299 pesanan berbayar
- 99.2% kit diserahkan (491)
- 258 e-mel e-sijil dihantar
Diukur daripada pangkalan data LariHub, 19 dan 23 Okt 2026.
Fakta ringkas
- Penganjur
- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok, dengan kerjasama Kelab Larian Kijang Timur
- Tarikh
- 9 Oktober 2026, Hari Sukan Negara (malam)
- Lokasi
- Pantai Irama, Bachok, Kelantan
- Format
- Larian malam 3KM, tiada had kuota
- Tempoh jualan
- 12 September hingga 1 Oktober 2026
Modul LariHub digunakan
- Halaman pendaftaran berjenama event
- Saiz jersi XS hingga 5XL dengan caj saiz besar
- Bayaran FPX melalui akaun Billplz LariHub
- Penyata bayaran penganjur yang diaudit dengan Billplz
- Kaunter kit QR, dua hari
- E-sijil penyertaan
Agensi kerajaan, larian malam di pantai
Penganjur utama ialah pejabat belia dan sukan peringkat daerah, dengan kelab larian tempatan sebagai rakan. Poster sudah dicetak sebelum halaman pendaftaran siap, dengan ruang kosong untuk kod QR pendaftaran.
Pendaftaran dibuka pada 12 September dan ditutup pada 1 Oktober: 19 hari sahaja. 44% pesanan masuk dalam minggu terakhir sebelum tarikh tutup, corak yang sama kami lihat di event lain (lihat bila peserta mendaftar).
Bila penganjur belum ada akaun Billplz
Penganjur belum sempat membuka akaun Billplz sendiri sebelum tarikh pendaftaran dibuka. Supaya jualan tidak tertangguh, bayaran peserta dikutip ke akaun Billplz LariHub.
Dalam model ini, LariHub memegang bahagian penganjur sehingga dipindahkan. Selepas pendaftaran ditutup, kami menyediakan penyata yang menyemak setiap pesanan dengan bil Billplz yang sepadan, dan penganjur dibayar penuh berdasarkan penyata itu. Kedua-dua model bayaran diterangkan di halaman harga.
Hari kit: dua hari di tapak larian
Kit diedarkan di Pantai Irama pada 8 dan 9 Oktober. Sebanyak 404 kit diserahkan pada hari sebelum larian, dan 86 lagi pada hari larian sendiri, sebelum flag off. Membuka kaunter pada hari larian memberi peluang kepada peserta dari luar daerah.
Akhirnya 491 daripada 495 kit diserahkan, iaitu 99.2%.
Selepas larian: e-sijil penyertaan
E-sijil penyertaan dibuka selepas larian dan notisnya dihantar kepada setiap pembeli: 258 e-mel sijil, satu e-mel bagi setiap pesanan. Orang ramai yang hadir tanpa mendaftar juga boleh mendapatkan sijil melalui halaman berasingan yang hanya meminta nama (lihat panduan e-sijil).
Pengajaran
Jangan tangguh jualan kerana akaun bank
Akaun Billplz penganjur sendiri ialah pilihan terbaik kerana duit masuk terus. Bila ia belum siap, mengutip ke akaun LariHub dengan penyata yang diaudit membolehkan jualan bermula tepat pada masanya tanpa mengorbankan ketelusan.
Buka kaunter pada hari larian juga
17% kit event ini diambil pada hari larian. Tanpa kaunter hari itu, peserta yang datang dari jauh akan pulang tanpa kit atau berlari tanpa jersi.