Kami orang lari.
Bukan vendor luar.

LariHub sebahagian dari scene lari Kelantan. Kami bukan sekadar jual platform; kami bina dan tanggung alat untuk komuniti akar umbi, dan turun padang bersama kelab tempatan.

Merayap Malam — app komuniti lari malam.

KB Kearong Runner berkumpul lari santai setiap Rabu malam di Kota Bharu — flag-off kira-kira 9 malam, lepas jalan dah sejuk. Akar umbi, mesra keluarga, atas nilai kesihatan dan ukhuwah. Larian mingguan ini percuma.

LariHub bina dan tanggung aplikasi PWA mereka — percuma. Bukan platform jualan; ini alat komuniti: acara, feed, laluan dan profil ahli dalam satu app yang boleh dipasang di telefon.

  • Acara mingguan
  • Feed komuniti
  • Laluan larian
  • Profil ahli
  • Boleh pasang (PWA)
Lihat app Merayap Malam

Platform di sebalik larian kelab Kelantan.

Kelate Friendship Run 2026 ialah larian malam anjuran Kelab Larian Kearong bersama 16 kelab larian Kelantan. LariHub mengendalikan pendaftaran, bayaran, pautan kelab dan hari kit.

Keputusannya: 400 daripada 400 slot larian penuh, 13 hari sebelum hari larian (jualan ditutup 17 Okt 2026).

Data sebenar, 19 Okt 2026

Lihat halaman Kelate Friendship Run

400/400

slot larian penuh

Ada komuniti lari sendiri?

Kelab, kumpulan PIBG, atau komuniti larian: kami boleh bina alat komuniti atau platform event untuk anda juga. Cerita pada kami.

WhatsApp kami

Event seterusnya? Daftar hingga sijil, kami uruskan.

Cerita tarikh, tempat dan anggaran peserta. Kami balas di WhatsApp dengan cadangan setup dan sebut harga.