Virtual run,
diuruskan betul-betul.
Pendaftaran, bayaran FPX, dashboard langsung dan e-sijil sudah sedia. Modul muat naik dan pengesahan bukti larian pula kami bina khas untuk cara event anda hendak mengesahkan larian.
Yang sudah sedia.
Jalan yang sama seperti setiap event lain di LariHub — dari daftar sampai e-sijil.
- 01
Daftar online
Peserta daftar di halaman event anda — pakej, kategori jarak, saiz jersi. Individu atau berkumpulan.
- 02
Bayar FPX
Bayaran melalui Billplz/FPX, di-split terus ke akaun penganjur untuk event dengan akaun Billplz penganjur. E-mel pengesahan dengan QR dihantar automatik.
- 03
Semak status
Peserta semak status bayaran mereka di /semak bila-bila masa, tanpa perlu bertanya.
- FINISH
E-sijil ikut kategori
Selepas event, e-sijil mengikut kategori boleh dimuat turun oleh peserta; notis dihantar ke e-mel.
Bukti larian, dibina khas untuk event anda.
Peserta lari di lokasi masing-masing dalam tempoh acara, kemudian menghantar bukti: tangkapan skrin app atau jam. Modul muat naik dan pengesahan ini bukan modul siap sedia. Kami bina ikut cara anda mahu sahkan larian (automatik, atau semakan oleh penganjur). Cerita keperluan anda, kami sediakan modulnya.
1,343
peserta berbayar
Data sebenar, 19 Okt 2026
Event sebenar di atas LariHub.
Daly'a Colour Run 2026 (11 Jul 2026, Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu) dikendalikan di atas LariHub: pendaftaran, bayaran FPX, kaunter kit dan e-sijil. Platform yang sama yang menjalankan virtual run anda.
Virtual run dengan LariHub.
Macam mana virtual run berfungsi dengan LariHub?
Peserta daftar online dan bayar melalui FPX; bahagian ini sudah sedia sepenuhnya. Mereka lari di lokasi sendiri dalam tempoh acara, kemudian menghantar bukti larian melalui modul yang kami bina khas untuk event anda. Selepas disahkan, e-sijil boleh dimuat turun dan notis dihantar ke e-mel.
Modul muat naik bukti larian memang sedia ada?
Pendaftaran, bayaran, dashboard dan e-sijil sudah sedia. Modul muat naik dan pengesahan bukti larian pula kami bina khas untuk event anda apabila diminta; ia bukan modul siap sedia. Beritahu kami cara anda mahu sahkan larian, dan kami sediakan modulnya.
Sesuai untuk virtual run sekolah atau PIBG?
Sesuai. Untuk kebanyakan event, bayaran di-split terus oleh Billplz: 95% ke akaun penganjur (PIBG/sekolah), 5% ke LariHub. Jika penganjur belum ada akaun Billplz, kami kutip bagi pihak mereka dan bayar balik dengan penyata yang diaudit terus dengan Billplz.
Boleh handle berapa ramai peserta?
Daripada ratusan hingga lebih seribu. Setakat ini kami telah kendalikan event sehingga 1,343 peserta berbayar (Daly'a Colour Run 2026, 11 Jul 2026). Pendaftaran, bayaran dan e-sijil semuanya automatik.
Berapa kos?
Setup RM1,500 sekali (boleh 50/50), 5% daripada setiap bil Billplz, dan RM1.25 caj FPX setiap transaksi. Tiada yuran bulanan.