Polisi Privasi.
Bagaimana LariHub mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi anda — untuk laman larihub.my, aplikasi LariHub Organiser, dan pendaftaran event larian yang dikendalikan di atas platform kami. Disusun selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia.
Kemas kini terakhir: 29 Oktober 2026
1. Siapa kami, dan peranan kami
LariHub (pendaftaran perniagaan MA0279343-X) ialah platform pendaftaran dan operasi event larian komuniti, dikendalikan oleh Nik Mohamad Hafiz di Kota Bharu, Kelantan. Aplikasi LariHub Organiser (admin.larihub.my) ialah dashboard yang digunakan oleh penganjur dan kakitangan event di atas platform ini.
- Data peserta (pelari/pembeli): penganjur event ialah pengawal data; LariHub bertindak sebagai pemproses data bagi pihak penganjur.
- Data akaun penganjur/kakitangan dan permohonan setup event di larihub.my: LariHub ialah pengawal data.
2. Data peserta yang dikumpul semasa pendaftaran
Apabila seseorang mendaftar untuk event larian di atas platform kami, kami mengumpul:
- Pembeli: nama, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor Kad Pengenalan (MyKad).
- Peserta: nama, nombor Kad Pengenalan, e-mel, nombor telefon, jantina dan saiz jersi. Satu kod QR dijana untuk pengesahan pesanan dan pengambilan kit.
- Umur dan jantina diterbitkan daripada nombor Kad Pengenalan — tidak diminta berasingan.
- Kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pakej kanak-kanak atau peserta di bawah umur 12 tahun (lihat Seksyen 9).
- Alamat penghantaran, nama dan nombor telefon penerima — hanya untuk pesanan jersi yang dipos ke rumah.
- Event pasukan/kejohanan (contohnya kategori sukan): nama pasukan; maklumat pengurus; maklumat setiap pemain; dan, bagi kategori tertentu, imej dokumen Kad Pengenalan yang dimuat naik serta pengesahan kelayakan.
- Maklumat teknikal: alamat IP, masa pendaftaran, jenis pelayar, dan sumber lawatan (UTM) — untuk keselamatan, mencegah penyalahgunaan dan mengukur pendaftaran.
Butiran kad atau perbankan tidak pernah sampai kepada kami. Pembayaran FPX dimasukkan terus pada Billplz; LariHub tidak melihat atau menyimpan butiran kad/bank anda.
Kami tidak mengumpul maklumat perubatan atau butiran waris kecemasan melalui platform ini.
3. Data akaun penganjur & kakitangan (aplikasi LariHub Organiser)
- Akaun penganjur/admin: alamat e-mel, nama paparan, dan kata laluan yang disimpan sebagai cincangan PBKDF2-SHA256 dengan garam (salt) tersendiri — kata laluan asal tidak pernah disimpan.
- Kakitangan hari event menggunakan sesi PIN pada peranti kongsi; PIN disimpan dalam bentuk cincang.
- Langganan pemberitahuan push (jika anda membenarkannya) untuk makluman dashboard.
- Muat naik ke storan kami: templat e-sijil, poster/imej, dan imej dokumen Kad Pengenalan (bagi event yang memerlukannya).
- Permohonan setup event di larihub.my: nama badan penganjur, nama & e-mel & telefon orang hubungan, nama & bulan event, anggaran peserta, negeri, nota, serta alamat IP (dicincang) dan jenis pelayar.
4. Data di kaunter kit (hari event)
Apabila seseorang mengambil kit bagi pihak orang lain, kaunter merekodkan nama dan nombor Kad Pengenalan pengambil, supaya penganjur ada rekod siapa yang mengambil kit tersebut. Peristiwa daftar masuk dan penyerahan kit turut direkodkan.
5. Tujuan penggunaan
- Memproses dan mengesahkan pendaftaran serta pembayaran.
- Menghantar e-mel pengesahan, peringatan bayaran dan makluman event.
- Menguruskan pengambilan kit dan daftar masuk pada hari event.
- Menghantar jersi yang dipos dan nombor penjejakan parcel (bagi pesanan pos).
- Menyediakan dashboard, laporan dan e-sijil kepada penganjur.
- Keselamatan, pencegahan penyalahgunaan dan mematuhi kewajipan undang-undang/perakaunan.
- Memberitahu anda tentang event larian akan datang — anda boleh berhenti pada bila-bila masa.
6. Perkongsian dengan pihak ketiga
Data dikongsi hanya dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan platform:
- Supabase — pangkalan data dan storan fail (pelayan di Singapura, rantau ap-southeast-1).
- Cloudflare — pengehosan laman dan keselamatan (termasuk Turnstile anti-bot).
- Billplz — memproses pembayaran FPX; butiran kad/bank dimasukkan pada Billplz, bukan pada kami.
- Resend — penghantaran e-mel. E-mel rasmi kami mengandungi satu imej penjejak halus yang merekodkan bahawa e-mel telah dibuka (supaya penganjur tahu makluman penting sampai); pembukaan pautan tidak dijejak. Anda boleh mematikannya dengan menyekat pemuatan imej dalam aplikasi e-mel anda.
- Khidmat WhatsApp (WAHA) — makluman WhatsApp kepada pembeli/penganjur.
- Sentry dan Telegram — pemantauan ralat dan makluman operasi kepada pasukan teknikal kami (boleh mengandungi nombor pesanan).
- EasyParcel dan syarikat kurier — nama, telefon dan alamat penerima, bagi pesanan jersi yang dipos sahaja.
- Pihak berkuasa — hanya jika dikehendaki oleh undang-undang.
Sesetengah penyedia di atas (contohnya Supabase di Singapura, dan Cloudflare/Resend/Sentry) memproses data di luar Malaysia, hanya untuk tujuan yang disenaraikan di Seksyen 5.
Halaman jualan sesuatu event (contohnya laman daftar event individu) mungkin menjalankan Piksel Meta dan/atau Piksel TikTok untuk mengukur iklan event tersebut; piksel ini dikawal oleh penganjur event dan diterangkan pada polisi privasi event berkenaan. Laman larihub.my dan aplikasi LariHub Organiser tidak menjalankan piksel iklan ini.
Kami TIDAK menjual atau menyewakan data peribadi anda kepada sesiapa untuk tujuan pemasaran.
7. Kuki (cookies)
- Aplikasi LariHub Organiser menggunakan satu kuki sesi (
larihub_org_session, HttpOnly & Secure) semata-mata untuk mengekalkan log masuk anda — ia tidak menjejak anda. - Laman larihub.my tidak menetapkan kuki; sumber lawatan pertama disimpan dalam storan tempatan pelayar anda sahaja (bukan kuki, tidak dihantar ke mana-mana pengiklan).
- Kuki piksel iklan hanya wujud pada halaman jualan event yang menjalankan piksel Meta/TikTok (Seksyen 6).
8. Penyimpanan, keselamatan & tempoh simpan
- Data disimpan dalam pangkalan data yang selamat, dilindungi dengan penyulitan semasa penghantaran dan penyimpanan. Akses dihadkan kepada penganjur dan kakitangan yang diberi kebenaran.
- Kami menyimpan data selagi diperlukan untuk acara dan untuk tujuan perakaunan/undang-undang. E-sijil kekal boleh dimuat turun selepas event.
- Salinan sandaran (backup) pangkalan data disimpan untuk tempoh terhad, jadi data yang telah dipadam masih boleh wujud dalam sandaran untuk seketika sebelum hilang sepenuhnya.
- Walaupun kami mengambil langkah munasabah, tiada sistem 100% selamat; kami tidak dapat menjamin keselamatan mutlak.
9. Peserta bawah umur
Kategori kanak-kanak melibatkan peserta bawah umur. Data kanak-kanak diberikan oleh ibu bapa atau penjaga yang memberi kebenaran semasa pendaftaran, dan mereka bertanggungjawab ke atas maklumat dan penyertaan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
10. Hak anda di bawah PDPA
Sebagai subjek data, anda berhak untuk:
- Akses — meminta salinan data peribadi yang kami simpan.
- Pembetulan — membetulkan maklumat yang tidak tepat.
- Penghapusan — meminta data anda dipadam (tertakluk kepada obligasi undang-undang).
- Menarik balik persetujuan pemasaran pada bila-bila masa, melalui pautan unsubscribe pada e-mel atau dengan menghubungi kami.
- Menghadkan pemprosesan data anda.
Bagi data peserta, permintaan juga boleh dibuat terus kepada penganjur event (pengawal data). Pengguna aplikasi LariHub Organiser boleh memadam akaun di https://admin.larihub.my/padam-akaun.
11. Hubungi kami
Untuk sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan data peribadi anda:
- E-mel privasi: support@larihub.my
- E-mel am: info@larihub.my
- WhatsApp: 013-607 3177
12. Perubahan polisi
Kami boleh meminda Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa dipaparkan di halaman ini dengan tarikh "Kemas kini terakhir" dikemas kini.