Merayap Rabu Malam 2026: bayaran terus ke akaun kelab

Merayap Rabu Malam Berselawat, Cintakan Negara ialah larian malam 5KM dan 2KM anjuran Kelab Larian Kearong (KB Kearong Runner) di Dataran Masjid Muhammadi, Kota Bharu, pada 26 Ogos 2026. 245 peserta membayar melalui FPX yang di-split 95/5 terus ke akaun kelab, dan 241 kit diserahkan.

  1. 245 peserta berbayar
  2. 174 pesanan berbayar
  3. 98.4% kit diserahkan (241)
  4. 95/5 split bayaran terus ke akaun kelab

Diukur daripada pangkalan data LariHub, 19 dan 23 Okt 2026.

Fakta ringkas

Penganjur
Kelab Larian Kearong (KB Kearong Runner)
Tarikh
26 Ogos 2026 (malam)
Lokasi
Dataran Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
Format
Larian malam 5KM dan 2KM
Tempoh jualan
12 Julai hingga 16 Ogos 2026

Modul LariHub digunakan

  • Halaman pendaftaran berjenama kelab
  • Jersi tambahan dan pilihan reka bentuk
  • Kebenaran ibu bapa untuk peserta bawah umur
  • Bayaran FPX di-split 95/5 ke akaun Billplz kelab
  • Hebahan hari kit melalui e-mel
  • Kaunter kit QR
Poster Merayap Rabu Malam
Poster rasmi Merayap Rabu Malam 2026

Kelab larian yang mahu duitnya sendiri

KB Kearong Runner ialah komuniti larian malam di Kota Bharu. Untuk event berbayar pertamanya bersama LariHub, kelab mahukan bayaran peserta masuk terus ke akaun kelab, bukan melalui akaun orang perseorangan.

Kelab membuka akaun Billplz sendiri, dan koleksi bayaran event dibina dengan split 95/5: setiap kali peserta membayar, 95% masuk ke akaun kelab dan 5% ke LariHub pada saat yang sama.

Pendaftaran dan jersi tambahan

Borang menerima pendaftaran individu dan berkumpulan, dengan pilihan membeli jersi tambahan dalam pesanan yang sama. Peserta bawah umur memerlukan kebenaran ibu bapa sebelum membayar.

Hari kit

Tarikh dan lokasi ambil kit dihebahkan melalui e-mel kepada setiap pembeli. 194 kit diserahkan pada hari kit utama, dan baki diambil pada hari-hari berikutnya: 241 daripada 245 kit diserahkan, iaitu 98.4%.

Larian malam KB Kearong Runner di Kota Bharu
Larian malam KB Kearong Runner, Kota Bharu.

Pengajaran

Split semasa bayaran menjimatkan kerja kewangan kelab

Tiada invois, tiada pindahan manual dan tiada menunggu. Bendahari kelab melihat duit masuk ke akaun kelab pada setiap transaksi.

Event pertama yang lancar membawa event kedua

Kelab yang sama kembali untuk Kelate Friendship Run 2026, yang habis dijual 13 hari lebih awal. LariHub juga membina dan menanggung app komuniti percuma untuk larian mingguan kelab itu.

Event seterusnya? Daftar hingga sijil, kami uruskan.

Cerita tarikh, tempat dan anggaran peserta. Kami balas di WhatsApp dengan cadangan setup dan sebut harga.