Penganjur ada akaun Billplz
- Peserta bayar FPX
- Billplz split semasa bayaran
- 95% terus ke akaun penganjur
5% ke LariHub pada saat yang sama. Tiada invois, tiada menunggu kami.
Platform pendaftaran dan operasi event larian komuniti di Malaysia: pendaftaran, bayaran FPX, kaunter kit QR dan e-sijil. Kami setup semuanya; anda fokus pada pelari.
7 event sejak Dis 2025, di Kelantan dan Terengganu
Angka agregat dari pangkalan data kami
Setiap angka di bawah datang terus dari pangkalan data kami: peserta yang sudah bayar, bukan pendaftaran yang tergantung. Baca kajian kes setiap event.
Akan datang
Selesai
Selesai
Selesai
Selesai
Selesai
Selesai Satu laluan dari borang pertama hingga untung bersih. Setiap checkpoint dengan angka dari event sebenar.
Halaman event dengan jenama anda. Individu atau kumpulan, kategori, saiz jersi dan caj saiz besar, jersi tambahan, pasukan relay.
1,990 pesanan berbayar
FPX melalui Billplz. Penganjur dengan akaun Billplz terima 95% terus semasa bayaran. E-mel pengesahan dengan QR, peringatan automatik untuk yang belum bayar.
RM120,589 dikutip melalui FPX
Kaunter kit: imbas QR atau cari nama, satu ketik untuk serah. Tuntutan berganda ditolak, batal perlu penyelia, senarai kertas sebagai sandaran.
97.7% kit diserahkan di kaunter
Templat ikut kategori. Peserta muat turun sendiri dengan nombor pesanan; notis dihantar melalui e-mel.
1,499 e-mel sijil dihantar
Kutipan ditolak yuran, caj FPX, komisen influencer, kos pos dan kos yang anda isi. Untung, margin dan untung setiap pelari, ikut pendaftaran terkini.
Langsung dikira dari pesanan sebenar
Angka dari 5 event di platform semasa, Jul–Okt 2026. Data sebenar, 19 Okt 2026
Kelate Friendship Run dianjurkan oleh Kelab Larian Kearong bersama 16 kelab larian Kelantan. LariHub mengendalikan pendaftaran, bayaran, pautan kelab dan hari kit.
Selepas slot penuh, jersi event terus dijual melalui Pakej Pos ke seluruh Malaysia. Kajian kes penuh.
Data sebenar, 19 Okt 2026
Halaman Untung Bersih mengira kutipan, yuran LariHub, caj FPX, komisen dan kos pos daripada pesanan sebenar. Anda isi kos jersi dan kos lain; ia tunjuk untung, margin dan berapa pelari perlu untuk balik modal.
Contoh ilustrasi. Angka sebenar dikira daripada pesanan event anda.
Dua cara, bergantung pada akaun Billplz penganjur. Kedua-duanya boleh disemak.
5% ke LariHub pada saat yang sama. Tiada invois, tiada menunggu kami.
FunWalk Santuni Madani dan Neon Beach Night Run dibayar penuh dengan cara ini.
Daly'a Colour Run (foto edisi 2025)
Hari ambil kit membawa peserta, atau wakil mereka, ke satu kaunter. Penaja dan vendor boleh hadir di halaman pendaftaran, hari kit, malam larian dan e-sijil, dengan persetujuan penganjur, dan kami ukur hasilnya.
Agregat 5,707 pelari berbayar, 7 event. Data sebenar, 19 Okt 2026
LariHub bina dan tanggung app Merayap Malam, percuma, untuk larian komuniti KB Kearong Runner setiap Rabu malam di Kota Bharu.
Bagaimana kami sokong komunitiSelepas setup, anda bayar hanya bila peserta bayar. Tiada yuran bulanan, tiada kontrak.
Lihat contoh kiraan penuhRM1,500 setup sekali (boleh bayar 50/50), 5% daripada setiap bil Billplz (termasuk jersi tambahan dan pos), dan RM1.25 caj FPX setiap transaksi. Tiada yuran bulanan, tiada kontrak.
Untuk kebanyakan event, bayaran di-split terus oleh Billplz: 95% ke akaun penganjur, 5% ke LariHub. Jika penganjur belum ada akaun Billplz, kami kutip bagi pihak mereka dan bayar balik dengan penyata yang diaudit terus dengan Billplz.
Petugas anda guna kaunter kit di telefon: imbas QR peserta atau cari nama, tekan serah. Seluruh kumpulan dipaparkan dalam satu kad, tuntutan kali kedua ditolak, dan senarai kertas A–Z disediakan sebagai sandaran.
Pendaftaran, bayaran, e-sijil dan dashboard sudah sedia. Modul muat naik bukti larian dibina khas mengikut keperluan event anda.
Kelate Friendship Run 2026 (30 Okt 2026, 460 peserta berbayar); Yaya Empire Sweet Monsoon Run 2025 (6 Dis 2025, 2,005 peserta berbayar); Daly'a Colour Run 2026 (11 Jul 2026, 1,343 peserta berbayar); PUC Balloon Run 2026 (6 Feb 2026, 956 peserta berbayar); Neon Beach Night Run 2026 (9 Okt 2026, 495 peserta berbayar); FunWalk Santuni Madani × Festival Rakan Muda (2 Okt 2026, 301 peserta berbayar); Merayap Rabu Malam 2026 (26 Ogo 2026, 245 peserta berbayar). Jumlah: 5,805 pelari berbayar dalam 7 event sejak Dis 2025.
Boleh. Kami padankan jenama dengan event yang sesuai, dapatkan persetujuan penganjur, dan ukur hasilnya melalui imbasan QR, klik dan baucar. Laporan agregat sahaja; senarai peserta tidak dikongsi. Lihat larihub.my/tajaan.
Cerita tarikh, tempat dan anggaran peserta. Kami balas di WhatsApp dengan cadangan setup dan sebut harga.