Tentang LariHub.
LariHub ialah platform yang menguruskan pendaftaran online, bayaran FPX, kaunter kit pada hari event, dan e-sijil untuk event larian komuniti, supaya penganjur boleh fokus pada peserta, bukan pada spreadsheet dan resit.
Orang di sebaliknya.
Diasaskan dan dikendalikan oleh Nik Mohamad Hafiz di Kota Bharu, Kelantan. LariHub bukan syarikat besar yang jauh dari pengguna; ia dibina oleh orang yang turun padang pada hari event dan yang balas WhatsApp sendiri.
Cara kami bekerja.
-
Diuruskan sepenuhnya
Kami setup keseluruhan platform event anda — pendaftaran, pakej, bayaran, kaunter kit dan e-sijil. Anda fokus pada peserta.
-
Sokongan terus di WhatsApp
Ada soalan? WhatsApp terus kepada kami, bukan tiket sokongan luar negara yang balas esok.
-
Tempatan, berpangkalan di Kelantan
Dibina dan dikendalikan di Kota Bharu, Kelantan untuk penganjur Malaysia, dalam Bahasa Melayu.
Jalan setakat ini.
- 6 Dis 2025
Yaya Empire Sweet Monsoon Run, Kuala Terengganu
2,000 slot peserta rasmi habis dijual; 2,005 pelari berbayar dan 326 pembeli Tee Pack. Fasa awal LariHub: LadiPage, Bizappay, nombor BIB dan e-mel automatik.
- 6 Feb 2026
PUC Balloon Run, Kota Bharu
956 peserta berbayar; 940 kit diserahkan di kaunter. Sistem LariHub yang pertama.
- Mac 2026
Platform semasa dibina
Platform LariHub yang digunakan hari ini mula dibina — pendaftaran, bayaran, kaunter kit dan e-sijil dalam satu sistem.
- 11 Jul 2026
Daly'a Colour Run
1,343 peserta berbayar, dikendalikan di atas LariHub.
- 26 Ogo 2026
Merayap Rabu Malam
Larian malam KB Kearong Runner; bayaran di-split 95/5 terus ke akaun kelab.
- Okt 2026
FunWalk, Neon Beach & Kelate Friendship Run
Tiga event lagi; Kelate Friendship Run penuh 400/400 slot larian.
Data sebenar, 19 Okt 2026
Hubungi kami.
Pendaftaran perniagaan: MA0279343-X