Kelate Friendship Run 2026: habis dijual 13 hari lebih awal

Kelate Friendship Run 2026 ialah larian malam 5KM dan 2KM, ditambah relay 5×400m, anjuran Kelab Larian Kearong bersama 16 kelab larian Kelantan. Slot larian 400/400 dan pasukan relay 12/12 habis pada 17 Oktober 2026, 13 hari sebelum hari larian, dengan 169 pendaftaran berbayar datang melalui pautan kelab dan influencer.

Akan datang
  1. 400/400 slot larian habis pada 17 Okt 2026
  2. 12/12 pasukan relay (60 pelari)
  3. 169 pendaftaran berbayar melalui pautan kelab dan influencer
  4. 25 sumber pendaftaran dijejak berasingan

Diukur daripada pangkalan data LariHub, 19 Okt 2026. Hari larian belum berlangsung; kajian kes ini akan dikemas kini selepasnya.

Fakta ringkas

Penganjur
Kelab Larian Kearong (KB Kearong Runner), bersama 16 kelab larian
Tarikh
30 Oktober 2026 (malam)
Lokasi
Dataran Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
Format
Larian malam 5KM dan 2KM, relay 5×400m
Status
Pendaftaran penuh; hari larian akan datang

Modul LariHub digunakan

  • Halaman pendaftaran berjenama kelab
  • Pendaftaran pasukan relay
  • Pilihan lengan jersi dan jersi tambahan
  • Kebenaran ibu bapa untuk peserta bawah umur
  • Pautan dan QR untuk setiap kelab dan influencer
  • Komisen dikira automatik
  • Bayaran FPX di-split 95/5 ke akaun kelab
  • Pakej Pos (jersi dipos ke seluruh Malaysia)
  • Tukar saiz jersi dengan bil tambahan
  • Kempen iklan Meta diuruskan
Poster Kelate Friendship Run 2026
Poster rasmi Kelate Friendship Run 2026

Larian kelab, dijual oleh banyak kelab

Kelab Larian Kearong menganjurkan event ini bersama 16 kelab larian di Kelantan. Setiap kelab membawa ahlinya sendiri, jadi penganjur perlu tahu dengan tepat siapa membawa siapa, dan membayar komisen yang adil.

Ini event kedua kelab bersama LariHub, selepas Merayap Rabu Malam pada Ogos 2026.

Satu borang untuk pelari, pasukan relay dan peminat

Borang menerima pendaftaran individu dan berkumpulan, pasukan relay lima orang, pilihan lengan jersi dan jersi tambahan. Peserta bawah 18 tahun memerlukan kebenaran ibu bapa sebelum boleh membayar.

Setiap kelab dan influencer menerima pautan dan kod QR sendiri. Dashboard mengira pendaftaran berbayar bagi setiap sumber dan komisennya, jadi bayaran kepada kelab dibuat berdasarkan angka yang semua pihak boleh semak.

Jualan: penuh 13 hari lebih awal

Pendaftaran dijadualkan tutup pada 18 Oktober, tetapi 400 slot larian dan 12 pasukan relay habis pada 17 Oktober, 13 hari sebelum hari larian. Daripada pesanan berbayar, 169 datang melalui pautan kelab dan influencer, dan 25 sumber dijejak secara berasingan.

LariHub turut menguruskan kempen iklan Meta untuk event ini. Iklan pendaftaran dihentikan bila slot tinggal sepuluh, supaya bajet tidak dibelanjakan untuk slot yang hampir habis.

Selepas penuh: jersi masih dijual

Selepas slot habis, peminat masih boleh membeli jersi event melalui Pakej Pos, dengan kos pos dikira sekali dalam bil. Peserta yang tersilap saiz boleh menukarnya terus dari dashboard dengan bil tambahan yang betul.

Bayaran di-split 95/5 oleh Billplz semasa transaksi: 95% ke akaun kelab, 5% ke LariHub.

Pelari KB Kearong Runner pada larian malam di Kota Bharu
Larian malam KB Kearong Runner, Kota Bharu.

Pengajaran

Kelab menjual lebih baik bila angkanya telus

Setiap kelab nampak pendaftaran yang dibawanya sendiri. Bila komisen dikira daripada pesanan berbayar dan bukan daripada klik, tiada pertikaian tentang siapa layak dibayar.

Hentikan iklan sebelum slot habis

Iklan yang terus berjalan ketika slot tinggal beberapa sahaja membazir bajet dan menghampakan orang yang klik. Had sepuluh slot memberi masa untuk iklan berhenti dengan kemas.

Pendaftaran event ini dikendalikan di laman event sendiri: Halaman pendaftaran event.

Event seterusnya? Daftar hingga sijil, kami uruskan.

Cerita tarikh, tempat dan anggaran peserta. Kami balas di WhatsApp dengan cadangan setup dan sebut harga.