# LariHub > LariHub ialah platform pendaftaran dan operasi event larian komuniti di Malaysia, berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan. Kami setup dan kendalikan, dari pendaftaran hingga e-sijil: halaman pendaftaran, bayaran FPX, kaunter kit QR, e-sijil dan laporan untung bersih secara langsung. Penganjur kekal sebagai pemilik event mereka. Bahasa utama: Bahasa Melayu. Semua angka diukur pada pangkalan data produksi kami setakat 19 Okt 2026. ## Apa itu LariHub Setiap event mendapat halaman pendaftarannya sendiri yang kami bina dan uruskan, serta dashboard penganjur. Sesuai untuk fun run, colour run, larian malam dan fun walk. LariHub tidak menguruskan laluan, permit, marshal, timing atau keputusan larian; itu kekal tanggungjawab penganjur. ## Harga (tiada yuran bulanan, tiada kontrak) - Setup: RM1,500 sekali untuk bina dan lancarkan halaman event (boleh bayar 50/50). - Yuran perkhidmatan: 5% daripada setiap bil Billplz, termasuk add-on dan pos. - Caj FPX: RM1.25 setiap transaksi. Ini caj Billplz, bukan untung LariHub; penganjur tanggung atau masukkan dalam harga tiket. ## Bagaimana duit mengalir Untuk kebanyakan event, bayaran di-split terus oleh Billplz: 95% ke akaun penganjur, 5% ke LariHub. Jika penganjur belum ada akaun Billplz, kami kutip bagi pihak mereka dan bayar balik dengan penyata yang diaudit terus dengan Billplz. ## Apa yang termasuk - Halaman pendaftaran setiap event: individu dan berkumpulan, berbilang kategori, saiz jersi (caj tambahan saiz besar), jersi tambahan dan pasukan relay. - Bayaran FPX melalui Billplz; e-mel pengesahan dengan kod QR; semakan status di /semak. - Peringatan bayaran automatik; pesanan yang tidak dibayar dibatalkan selepas 48 jam. - Dashboard penganjur: jualan langsung, corong pendaftaran, sumber UTM, profil umur/jantina/negeri peserta (agregat). - Kit & Saiz: kiraan cetakan, dengan log masuk khas untuk pencetak. - Kaunter kit QR (https://larihub.my/kaunter-kit-qr): imbas QR atau cari nama, MyKad, telefon atau nombor pesanan; seluruh pesanan dalam satu kad; setiap kit direkod bersama IC pengambil; tuntutan kedua ditolak oleh pelayan; batal hanya oleh log masuk pentadbir; senarai kertas A–Z yang disediakan LariHub sebagai sandaran. - E-sijil ikut kategori (dimuat turun oleh peserta; notis melalui e-mel). Jejak E-mel: dihantar, dibuka, melantun. - Pautan dan QR influencer atau kelab dengan kiraan komisen; QR dinamik. - Untung Bersih secara langsung; penyata bayaran untuk event yang kami kutip. - Notifikasi telefon, Pakej Pos (jersi dihantar ke seluruh Malaysia), Tukar Jersi. ## Angka utama (setakat 19 Okt 2026) - 5,805 pelari berbayar dalam 7 event sejak Dis 2025, semuanya di Kelantan dan Terengganu. - RM275,286 dikutip secara online (FPX dan kad, melalui Billplz dan Bizappay). - 97.8% kit diserahkan di kaunter kit (3,268 daripada 3,340, 5 event dengan kaunter kit). - 2 event habis dijual: Yaya Empire Sweet Monsoon Run (2,000 slot) dan Kelate Friendship Run. - Profil agregat 5,707 pelari berbayar: umur median 32; 57.8% berumur 25–44; 62.6% wanita; 90.6% lahir di Pantai Timur (Kelantan 59.5%, Terengganu 28.9%, ikut kod negeri MyKad). - Kelate Friendship Run: 400/400 slot larian dan 12/12 pasukan relay habis 13 hari sebelum hari larian (17 Okt 2026); anjuran Kelab Larian Kearong bersama 16 kelab. ## Event yang menggunakan LariHub (Dis 2025 hingga kini) - Kelate Friendship Run 2026 — penganjur Kelab Larian Kearong — 30 Okt 2026 — Dataran Masjid Muhammadi, Kota Bharu — Larian malam 5KM / 2KM + relay 5×400m — 460 peserta berbayar (akan datang). 400/400 slot larian dan 12/12 pasukan relay habis 13 hari sebelum hari larian. - Yaya Empire Sweet Monsoon Run 2025 — penganjur Yaya Empire — 6 Dis 2025 — Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu — Fun run · 2,000 slot peserta rasmi — 2,005 peserta berbayar. 2,000 slot peserta rasmi habis dijual, kemudian 326 lagi membeli Tee Pack edisi terhad. Fasa awal LariHub: halaman LadiPage, bayaran Bizappay, nombor BIB dan e-mel automatik. - Daly'a Colour Run 2026 — penganjur Daly'a Beauty — 11 Jul 2026 — Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu — Colour run 5KM — 1,343 peserta berbayar. 1,308 kit diserahkan di kaunter QR pada hari kit. - PUC Balloon Run 2026 — penganjur PUC Sport Malaysia — 6 Feb 2026 — RTC Tunjung, Kota Bharu — Larian keluarga 3KM dengan belon — 956 peserta berbayar. 651 pesanan. 940 kit diserahkan di kaunter (98.3%). Versi awal sistem LariHub. - Neon Beach Night Run 2026 — penganjur Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok × Kelab Larian Kijang Timur — 9 Okt 2026 — Pantai Irama, Bachok — Larian malam 3KM · Hari Sukan Negara — 495 peserta berbayar. 491 daripada 495 kit peserta diserahkan di kaunter QR. - FunWalk Santuni Madani × Festival Rakan Muda — penganjur Kelab Rakan Muda Bandar Tumpat — 2 Okt 2026 — SMK Berangan, Tumpat — Fun walk 3KM — 301 peserta berbayar. Bayaran penganjur dibuat dengan penyata yang diaudit terus dengan Billplz. - Merayap Rabu Malam 2026 — penganjur Kelab Larian Kearong (KB Kearong Runner) — 26 Ogo 2026 — Dataran Masjid Muhammadi, Kota Bharu — Larian malam 5KM / 2KM — 245 peserta berbayar. Bayaran FPX di-split 95/5 terus ke akaun kelab. 241 kit diserahkan. ## Virtual run Pendaftaran, bayaran, e-sijil dan dashboard sudah sedia. Modul muat naik dan pengesahan bukti larian dibina khas mengikut event, bukan ciri siap pakai. ## Penaja dan vendor Jenama dan vendor boleh hadir di halaman pendaftaran, hari kit, malam larian dan e-sijil, dengan persetujuan penganjur. Penaja menerima laporan agregat sahaja. LariHub tidak menyerahkan senarai peserta atau butiran hubungan. Jenama tidak menghantar mesej terus kepada pelari; sebarang mesej dihantar oleh penganjur atau LariHub hanya kepada peserta yang bersetuju menerima maklumat pemasaran (persetujuan direkod pada borang pendaftaran sejak 21 Sep 2026). Butiran: https://larihub.my/tajaan dan https://larihub.my/en/partners ## Pautan - Laman utama: https://larihub.my - Fakta ringkas (angka bertarikh, kaedah, senarai event): https://larihub.my/fakta - Untuk penganjur: https://larihub.my/kenapa - Kaunter kit QR: https://larihub.my/kaunter-kit-qr - Pendaftaran berkumpulan dan relay: https://larihub.my/pendaftaran-kumpulan - Harga: https://larihub.my/harga - Virtual run: https://larihub.my/virtual-run - Panduan anjur: https://larihub.my/panduan - Komuniti: https://larihub.my/komuniti - App komuniti yang LariHub bina dan tanggung untuk KB Kearong Runner (larian Rabu malam, Kota Bharu): https://merayap.larihub.my - Event: https://larihub.my/events - Penaja & vendor: https://larihub.my/tajaan - Partners (English): https://larihub.my/en/partners - Tentang: https://larihub.my/tentang - Mohon setup event: https://larihub.my/daftar - Kit media (PDF): https://larihub.my/media/kit/LariHub-Kit-Media-2026.pdf - Demo halaman peserta: https://demo.larihub.my - Demo dashboard: https://demo-admin.larihub.my - Facebook: https://www.facebook.com/larihubmy - Instagram: https://www.instagram.com/larihubmy/ - TikTok: https://www.tiktok.com/@larihubmy ## Panduan penganjur (data agregat daripada event LariHub, diukur 23 Okt 2026) - Panduan lengkap anjur event larian di Malaysia: https://larihub.my/panduan - Kos, harga tiket dan kalkulator untung: https://larihub.my/panduan/kos-dan-harga-tiket (41.3% pesanan berbayar masuk dalam 7 hari terakhir sebelum tarikh tutup pendaftaran) - Permit dan insurans, dengan sumber rasmi: https://larihub.my/panduan/permit-dan-insurans - Saiz jersi peserta: https://larihub.my/panduan/saiz-jersi (2,751 jersi dewasa: L 24.6%, M 23.2%, 3XL ke atas 9.1%) - Hari ambil kit: https://larihub.my/panduan/hari-ambil-kit - Larian sekolah dan PIBG (kelulusan, murid, kutipan, sumber KPM dan KBS): https://larihub.my/panduan/larian-sekolah - E-sijil peserta: https://larihub.my/panduan/e-sijil (24.6% nama peserta melebihi 30 aksara) - English overview for organisers: https://larihub.my/en ## Kajian kes - Semua kajian kes: https://larihub.my/kajian-kes - Kelate Friendship Run 2026: https://larihub.my/kajian-kes/kelate-friendship-run-2026 - Yaya Empire Sweet Monsoon Run 2025: https://larihub.my/kajian-kes/yaya-empire-sweet-monsoon-run-2025 - Daly'a Colour Run 2026: https://larihub.my/kajian-kes/dalya-colour-run-2026 - PUC Balloon Run 2026: https://larihub.my/kajian-kes/puc-balloon-run-2026 - Neon Beach Night Run 2026: https://larihub.my/kajian-kes/neon-beach-night-run-2026 - FunWalk Santuni Madani × Festival Rakan Muda: https://larihub.my/kajian-kes/funwalk-santuni-madani-2026 - Merayap Rabu Malam 2026: https://larihub.my/kajian-kes/merayap-rabu-malam-2026 ## Hubungi - WhatsApp (untuk penganjur dan jenama sahaja): https://wa.me/60136073177 - Peserta yang mahu mendaftar: daftar di halaman event itu sendiri (https://larihub.my/events). Soalan tentang event dijawab oleh penganjurnya. LariHub tidak menerima pendaftaran peserta melalui WhatsApp. - E-mel: info@larihub.my - LariHub (MA0279343-X), Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. --- ## English summary LariHub is a done-for-you registration and operations platform for community running events in Malaysia, based in Kota Bharu, Kelantan: event registration pages, FPX payment via Billplz, a QR kit counter, e-certificates and live net-profit reporting. Organisers own their events; LariHub does not handle routes, permits, marshals, timing or results. Pricing: RM1,500 one-time setup (payable 50/50), 5% of each Billplz bill, and RM1.25 FPX per transaction (a Billplz charge); no monthly fee. Measured as at 19 Oct 2026: 5,805 paid runners across 7 events since Dec 2025, all in Kelantan and Terengganu; RM275,286 collected online; 97.8% of kits handed over at the kit counter; 2 events sold out, including Yaya Empire Sweet Monsoon Run (2,000 slots); 90.6% of runners were born on the East Coast. Sponsors receive aggregate reports only; participant lists and contact details are never shared. Organisers and brands: https://wa.me/60136073177 or info@larihub.my.